Pages

Monday 20 June 2011

Rona dan Anda

Adakah anda mempunyai warna kegemaran? Mengikut kajian pakar jiwa, warna yang menjadi kegemaran seseorang sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak mereka.

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa sesetengah orang menyukai warna dan gabungan warna tertentu, yang jelas setiap warna mempunyai sifat berbeza-beza. Kini pengaruh psikologi yang ada pada warna dimanfaatkan secara meluas dalam dunia rekaan dalaman, automotif, fesyen pakaian, permainan dan sebagainya.

Kuning : ramalan kuning sebagai warna 2011 tidak sukar untuk menelah. Memandangkan kehidupan zaman teknologi masa kini yang amat mencabar maka kita perlu mempunyai kekuatan dan semangat waja mengharungi segala onar dan menglak jiwa terus bergolak. Oleh itu, kehadiran kuning dikatakan dapat meredakan tekanan dan ketegangan. Ini kerana kuning sering dikaitkan dengan pancaran matahari dan pantulan sinarannya pada waktu siang itu membawa bersama cahaya keceriaan dan kesegaran bukan sahaja pada manusia malah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kuning juga dikaitkan dengan buah lemon yang dikatakan lambang kesegaran dan kecergasan. Kuning yang tergolong dalam warna hangat dikatakan turut membantu menglakkan perasaan murung. Bahkan seseorang pasti berasa lebih tenang dan positif tatkala melihat warna kuning. Sering dikaitkan dengan gambaran kemakmuran dan kemewahan, kuning sangat sesuai diterapkan di ruang kerja.

Merah :- menggambarkan kehangatan, rangsangan dan kekuatan. Warna ini sesuai diterapkan di ruang makan  dan bilik tidur, tetapi jika digunakan berlebihan boleh meberikan kesan garang dan marah. penggemar warna ini juga dikatakan bersikap pendesak dan lincah. Mereka perlu belajar bersabar.

Merah Jambu :- lambang romantik dan kewanitaan. Warna ini sesuai untuk bilik anak perempuan, atau wanita berjiwa sensetif, yang boleh menerapkan merah jambu di ruang tamu, bilik tidur atau bilik air. Penggemar warna ini dikatakan sentiasa menghargai diri.

Putih :- Sesuai untuk sebarang ruang. Warna ini menggambarkan kesucian, kebersihan dan kesederhanaan. Putih juga membuatkan ruang nampak lebih luas secara ilusi. Penggemar putih mempunyai keperibadian positif, matang dan optimis.

Biru :- menawarkan suasana tenang, syahdu, damai dan nyaman serta memberi kesan lega dan luas. Biru sesuai digunakan di bilik tidur. Penggemar warna ini dikatakan seorang yang bersikap tenang, berkeyakinan tinggi, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kawan.

Biru Muda :- menawar suasana selamat dan mendamaikan. warna ini sesuai untuk bilik tidur, ruang tamu dan bilik air. Penggemar biru muda juga mempunyai daya khayalan yang tinggi, bertindak secara praktikal dan tidak suka terburu-buru.

Jingga :- mampu menimbulkan keceriaan, kehangatan, kebahagiaan dan bertenaga. Warna ini juga sesuai digunakan di ruang makan. Penggemar jingga disifatkan sebagai seorang yang mampu menguasai dan mempengaruhi orang lain.

Coklat :- memberi kesan hangat, nyaman, semula jadi dan akrab, yang sesuai digunakan di runag tamu, ruang makan mahupun bilik tidur. Namun awas, penggemar warna ini dikatakan suka pada persaingan, sukar mahu beralah dan kurang bertolak ansur.

Hijau :- menggambarkan suasana alam, harmoni, menyejukkan dan menenangkan. Hijau sesuai diterapkan di bilik tidur dan di ruang tamu. Penggemar warna hijau ini dikatakan gemar kepada pujian dan suka membantu.

Ungu :- dikenali sebagai warna diraja masyarakat Barat. Ungu melambangkan kemewahan dan sesuai untuk bilik tidur. Penggemar warna ini dikatakann boleh mengtahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan mendalam dan bercita-cita tinggi.

Kelabu :- sering dilihat di rumah bergaya minimals. Warna ini dikatakan memberi kesan suasana stabil, luas dan mententeramkan. Penggemar kelabu dikategorikan sebagai seorang yang unik, suka mengasingkan diri dan pengkritik hebat.

Hitam :- dalam dunia hiasan dalaman, warna ini hanya sesuai digunakan oleh mereka yang berani. Penggemar warna ini dikatakan seorang yang degil, bersemangat, yakin diri dan berdisiplin.

Ihsan dari : Anjung Seri..


No comments:

Post a Comment