Pages

Thursday 23 June 2011

Tukang Siasat Courts Mammoth!

Aku ada satu cerita pasal Courts Mammoth... Ni tentang si tukang siasat kat pejabat Courts...Member aku ni si Jue nih g courts ngan mak dia. Mak dia nak beli TV . Dah survey punya survey.. mak Jue ni berkenan ngan TV Sony 40' LED. ada tawaran istimewa la.. katanya! harga TV tu area seribu lebih. tapi dengan syarat kena buat hutang 4 tahun baru dapat harga tuh. Mak nya Jue nih setuju la. Bayaran bulanan rendah jerk pun. 

Si promoter nih, g la satlekan semua.. lepas dia update jerk mak Jue nya akaun. dia kata. mungkin pn perlu hantar pay slip jugak untuk rujukan. tapi apa-apa pihak courts akan call balik.. Mak Jue kata ok. Jue ngan adik dia ada kat citu dengar la aper yang dikatakan dik promoter tuh.. 

Nak dijadikan citer, setelah 2 hari lepas submit tuh. Ada seorang perempuan call mak Jue. Perkenalkan dirinya sebagai Yana dari bahagian sales Courts Mammoth (Tukang Siasat Courts). Dia call untuk pengesahan (Nak menyiasat lah tuh). Lepas tu cara dia cakap ngan mak si Jue nih agak "kureng" la.. Jue kata cara dia cakap tuh nak desak sangat mak Jue cakap ngan dia , Walaupun time tuh mak Jue ngah drive. Mak Jue minta dia call semula, bila dia call semula dia kata refferences yang mak jue bagi tuh tak nak angkat tepon. maknanya tuh dua-dua skali pakcik n makcik si Jue. 

Si Yana nih tak puas hati. dia minta rujukan lain. Mak Jue bg la no telefon menantu dia. Suami si Jue. Sattle bab tu. Jue plak terus call laki dia kata nnt ada orang dari Courts Mammoth akan call tuk rujukan mak. Pagi esoknya, Jue kat pejabat, Hubby Jue call. dia kata orang courts dah call. TAPI!!!! budak perempuan tuh boleh cakap kat laki si Jue nih  "Suara En. nih seksi , ada gaya penggoda! " Hah! apa korang pk.. ni nak wat keje ker nak menggoda laki org!!!!! Jue mula la naik berang. Kebetulan hari tuh mak Jue ada bg tau. budak Yana nih duk satu kawasan ngan umah Jue... Jue tanya aku,, apa patut dia buat ngan perempuan tuh.. nak g report kat Courts ker nak ganyang jerk perempuan tuh..?  

Korang rasa nak buat aper yer.. cuba bayangkan kalau kena kat korang...

Monday 20 June 2011

Apakah Kelompok Warna Anda?

Adakah anda termasuk dalam kelompok warna lembut, semula jadi atau terang? Dan apakah pula maksu disebalik kelompok warna berkenaan? Cuba Kuiz ini dan mengetahui dalam kelompok manakah anda berada? Jawab semua 12 soalan dan dapatkan jawapan dibawah.

1. Anda berasa selesa apabila mengenakan 
   a. Kemeja dan Skirt
   b. Blaus kapas atau jumper corak bunga
   c. Gaun seksi warna merah

2. Rumah impian anda berbentuk 
   a. Klasik kolonial
   b. Rumah Kampung
   c. Mediterranean

3. Bau kegemaran anda ialah
  a. Vanilla
  b. Bunga-bungaan
  c. Sitrus berempah

4. Menjelang waktu tidur, anda mesti
   a. Mengambil masa untuk berehat dan menenangkan minda sebelum melelapkan mata
   b. Tidak sabar-sabar hendak membungkus diri dalam selimut tebal yang selesa.
   c. Terus tidur atau dalam kata lain, terus "pengsan"

5. Satu benda dalam almari pakaian yang anda tidak boleh "hidup" tanpanya ialah
   a. Seluar jean
   b. Barang kemas seperti sepasang cincin, gelang atau rantai
   c. Pakain dalam yang seksi

6. Anda sentiasa berharap rambut anda
  a. Mudah diurus dan tidak kernting
  b. Bewarna perang atau tidak gelap sepenuhnya
  c. Kerinting

7. Gambar kegemaran yang digantung atau dipamerkan di rumah adalah
   a. Gambar yang diambil oleh jurugambar professional dalam warna hitam-putih
   b. Gambar keluarga
   c. Gambar anda sedang bercuti atau berpesta

8. Perabot pilihan / impian sewaktu beristirehat di tempat teduh mestilah
  a. Diperbuat daripada kulit dan rekaannya mengikut bentuk tubuh.
  b. Sofa bersarung fabrik corak bunga
  c. Perabot taman daripada bahan sintetik yang tahan lasak

9. Apabila anda bersolek anda pastikan ia
  a. Solekan tipis, tidak kelihatan sangat.
  b. Solekan membuatkan wajah nampak lebih muda
  c. Solekan membuatkan wajah nampak ceria dan bersemangat

10. Anda percaya sebuah kediaman itu mestilah
  a. Nyaman dan merehatkan
  b. Cantik di pandang
  c. Menguja dan menyegarkan

11. Makanan kegemaran anda ialah
  a. Masakan kampung yang dibeli di pasar tani
  b. Hidangan ringkas Barat seperti salad dan sandwich.
  c. Hidangan istimewa seperti masakan Morocco atau Itali dalam pinggan khas.

12. Perhiasan yang tergantung pada dinding di ruang tamu atau bilik tidur anda ialah
  a. Kain pua, songket atau lukisan kanvas bermotif batik
  b. Apa lagi kalau bukan gambar keluarga
  c. Lukisan abstrak

Dah jawab ke soalan-soalan tu.. Jom kita tgk kaitan jawapan anda dengan kelompok warna anda..

Jawapan.
1 Jika anda mengumpul banyak jawapan A maka itu tandanya anda seorang yang meminati warna lembut. Anda memang serasi dan gemar menghias dengan warna lembut seperti ungu lavender, biru kehijauan, merah jambu serta kuning cair manakala perhiasan rumah menampilkan banyak corak atau motif bunga, yang juga bewarna lembut.

2 Jika banyak jawapan B yang dikumpulkan maka ternyata anda mengemari warna semula jadi dan suasana rumah yang nyaman. Pilihan perhiasan pula sangat ringkas dengan warna perabot daripada jenis tidak berkerawang. Keadaan rumah kemas dan dicat dengan warna semulajadi seperti putih, coklat atau krim yang menawarkan ketenangan serta kedamaian untuk anda dan keluarga.

3 Kalau jawapan C yang paling banyak maka itu tandanya anda seorang penggemar warna dan menyukai perhiasan bewarna-warni. Kehidupan anda ceria dengan melakukan perkara yang membuat hati teruja. Rumah anda dihiasi dengan warna terang yang menawarkan suasana gembira untuk keluarga dan rakan seperti merah, biru serta kuning.


Rona dan Anda

Adakah anda mempunyai warna kegemaran? Mengikut kajian pakar jiwa, warna yang menjadi kegemaran seseorang sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak mereka.

Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa sesetengah orang menyukai warna dan gabungan warna tertentu, yang jelas setiap warna mempunyai sifat berbeza-beza. Kini pengaruh psikologi yang ada pada warna dimanfaatkan secara meluas dalam dunia rekaan dalaman, automotif, fesyen pakaian, permainan dan sebagainya.

Kuning : ramalan kuning sebagai warna 2011 tidak sukar untuk menelah. Memandangkan kehidupan zaman teknologi masa kini yang amat mencabar maka kita perlu mempunyai kekuatan dan semangat waja mengharungi segala onar dan menglak jiwa terus bergolak. Oleh itu, kehadiran kuning dikatakan dapat meredakan tekanan dan ketegangan. Ini kerana kuning sering dikaitkan dengan pancaran matahari dan pantulan sinarannya pada waktu siang itu membawa bersama cahaya keceriaan dan kesegaran bukan sahaja pada manusia malah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Kuning juga dikaitkan dengan buah lemon yang dikatakan lambang kesegaran dan kecergasan. Kuning yang tergolong dalam warna hangat dikatakan turut membantu menglakkan perasaan murung. Bahkan seseorang pasti berasa lebih tenang dan positif tatkala melihat warna kuning. Sering dikaitkan dengan gambaran kemakmuran dan kemewahan, kuning sangat sesuai diterapkan di ruang kerja.

Merah :- menggambarkan kehangatan, rangsangan dan kekuatan. Warna ini sesuai diterapkan di ruang makan  dan bilik tidur, tetapi jika digunakan berlebihan boleh meberikan kesan garang dan marah. penggemar warna ini juga dikatakan bersikap pendesak dan lincah. Mereka perlu belajar bersabar.

Merah Jambu :- lambang romantik dan kewanitaan. Warna ini sesuai untuk bilik anak perempuan, atau wanita berjiwa sensetif, yang boleh menerapkan merah jambu di ruang tamu, bilik tidur atau bilik air. Penggemar warna ini dikatakan sentiasa menghargai diri.

Putih :- Sesuai untuk sebarang ruang. Warna ini menggambarkan kesucian, kebersihan dan kesederhanaan. Putih juga membuatkan ruang nampak lebih luas secara ilusi. Penggemar putih mempunyai keperibadian positif, matang dan optimis.

Biru :- menawarkan suasana tenang, syahdu, damai dan nyaman serta memberi kesan lega dan luas. Biru sesuai digunakan di bilik tidur. Penggemar warna ini dikatakan seorang yang bersikap tenang, berkeyakinan tinggi, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kawan.

Biru Muda :- menawar suasana selamat dan mendamaikan. warna ini sesuai untuk bilik tidur, ruang tamu dan bilik air. Penggemar biru muda juga mempunyai daya khayalan yang tinggi, bertindak secara praktikal dan tidak suka terburu-buru.

Jingga :- mampu menimbulkan keceriaan, kehangatan, kebahagiaan dan bertenaga. Warna ini juga sesuai digunakan di ruang makan. Penggemar jingga disifatkan sebagai seorang yang mampu menguasai dan mempengaruhi orang lain.

Coklat :- memberi kesan hangat, nyaman, semula jadi dan akrab, yang sesuai digunakan di runag tamu, ruang makan mahupun bilik tidur. Namun awas, penggemar warna ini dikatakan suka pada persaingan, sukar mahu beralah dan kurang bertolak ansur.

Hijau :- menggambarkan suasana alam, harmoni, menyejukkan dan menenangkan. Hijau sesuai diterapkan di bilik tidur dan di ruang tamu. Penggemar warna hijau ini dikatakan gemar kepada pujian dan suka membantu.

Ungu :- dikenali sebagai warna diraja masyarakat Barat. Ungu melambangkan kemewahan dan sesuai untuk bilik tidur. Penggemar warna ini dikatakann boleh mengtahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan mendalam dan bercita-cita tinggi.

Kelabu :- sering dilihat di rumah bergaya minimals. Warna ini dikatakan memberi kesan suasana stabil, luas dan mententeramkan. Penggemar kelabu dikategorikan sebagai seorang yang unik, suka mengasingkan diri dan pengkritik hebat.

Hitam :- dalam dunia hiasan dalaman, warna ini hanya sesuai digunakan oleh mereka yang berani. Penggemar warna ini dikatakan seorang yang degil, bersemangat, yakin diri dan berdisiplin.

Ihsan dari : Anjung Seri..


Bila Allah Menduga Kita

Salam, saya tertarik dengan tajuk Bila Allah Menduga Kita yang saya baca daripada blog Jalan Yang Jauh..Allah menduga kita dengan pelbagai ujian.. D sendiri sedang melalui ujian dariNya.. D tak tau nak bercerita pada siapa.. D sangat - sangat mengharapkan sesuatu yang pasti. Sesuatu yang boleh memberikan kegembiraan kepada seluruh keluarga D. Tapi yang pasti Allah menduga kesabaran D dengan ujian sekali lagi.. D redha dengan ujian Allah, mungkin bukan rezeki D dan suami. 
Saat kelewatan itu, D menghitung dengan yakin. Bila semakin hari semakin di hitung. Akhirnya gagal juga usaha D. Tapi D redha dengan ujian ini. D tahu ada sesuatu yang Allah janjikan buat D. D tak putus-putus berdoa, memohon Allah mengurniakan rezeki itu pada D dan suami. 
D cemburu melihat rakan taulan.. Mereka berjaya. Mereka telah dapat apa yang di impikan. D juga kadang-kala tertekan dengan soalan yang datang tanpa memikirkan perasaan D. D perlu tabahkan hati. D perlu kuat hadapi semua ini. Ya Allah, Kau murahkan rezeki ku, Kau murahkanlah rezeki suamiku.. Kurniakanlah kebahagian yang kami impikan selama ini. Kami memohon pada Mu.. hanya padaMu kami meminta. Sesungguhnya Engkau lebih mengerti apa yang hamba Mu inginkan.. Amin.. 

Bila Allah Menduga Kita....

Friday 17 June 2011

Apa Yang Perempuan Suka?

Tengah aku makan malam ngan adik aku tadi. tetiba dia tanya aku.. 
" kak , perempuan suka apa?" aku pandang dia tak berkedip...
" Jangan pandang macam tuh.. org tanya jerk.." 
aku pun ambil kesempatan nih nak tembak dia.. " kau dah ada makwe yer.." 
" mana ada.. tnya jerk la.."
 " huh. ko takkan tnya kalau tak der sebab.." "ko dengar sini aku cakap, bg aku perempuan nih suka pada yang romantik tapi tak semua la..pastu dia suka dengan hadiah..dia suka dengan kekemasan.."
 " owh.. habis tu kena bg barang ker?" 
"ko jgn mewahkan awek ko dengan barang mahal. ko beri dia ngan ikhlas hati ko. ko tak perlu tunjukkan yang ko mampu beli barang mahal2 semata-mata nak kan dia sayang ko.. sayang kerana duit atau harta ni tak kekal.." 
"ok..ok..org ingat pesan akak"
"buat masa skang nih.. tu semua tak penting.. ko kena tau basic2 jerk.. yang orang padang zaman skarang nih.. ko ada pelajaran ker tak.. tu jerk. ko jgn pk lain. skang masa tuk blajar, ko blajar betul2. Bila Allah dah takdirkan ko untuk berjumpa dengan pasangan ko, time tu semua urusan akan lancar.."
"ok.. akak jgan citer kat angah tau.. " sekali tetiba angah sergah dari belakang.. pucat muka adik aku yang sorang tuh.. terus angkat pinggan g basuh tangan..

Thursday 16 June 2011

Rinduku Kembali

     Setiap minggu pasti ku akan bertemu dengan si dia. Tapi kali ini jarak 2 minggu itu pasti akan ku lalui dengan sepi.. Si dia terlalu sibuk menguruskan hal-hal kerjanya..Aku rindu akan senda tawanya.. rindu dengan usik manjanya.. Adakah si dia juga merasa begitu..?

Kala ini.. aku termanggu sendirian.. mengenangkan saat manis dah bahagia bersama si dia.. kadang kala terpamer senyuman pada bibirku.. kadangkala jua terpamer kerutan di dahi.. ergh.. tak banayk beza seperti orang gila.. ya.. orang gila.. orang yang angau dengan cinta.. Cinta.. ? hurm.. sesuatu yang indah dan sukar di ungkap dengan kata-kata.. hati yang merasa bahagia.. hati juga akan merasa derita.. 

Kenapa? Kenapa setiap kali aku merindui si dia, pasti aku merasakan sakit sekali .. sakit untuk menanggung rindu ini.. Ini lah ujian yang harus ditempuhi.. Aku bersyukur pada Allah.. kerna telah memberikan aku kebahagian dan ujian ini.. hanya insan terpilih akan di duga oleh Nya.. 

Ya Allah, Jika aku yang kau pilih untuk menenpuh ujian ini.. Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk aku lalui ujian dari Mu.. Aku yakin.. disebalik semua ini pasti Kau telah menjanjikan sesuatu untuk ku.. Untuk hamba Mu yang lemah ini.. Tidak pernah aku lupa untuk berdoa kepada Mu.. Sesungguhnya, Engkau lebih mengerti apa yang hambaMu inginkan.. 


Coretan Rasa Seorang Dania

Salam perkenala buat semua..

"Dania Love" atau lebih mesra dengan Sayang Dania.. hanya sekadar nama blog .. Blog yang di wujudkan untuk mengisi masa yang terluang...Dania anak sulung daripada empat orang adik beradik. Taklah penyayang sangat tapi tetap mengambil berat.. Mungkin nama Dania Love boleh memberikan Dania rasa sayang yang mendalam..

Malam ni malam Jumaat.. Sunyi jerk rasa.. terkenang saat kecil2 dulu.. Sangat nakal.. tapi menjadi kesayangan atok.. sampaikan cucu2 atok yang lain jeles.. wek.. padan muka.. saper suh wat jahat ngan atok.. Rindu plak kat atok.. Kemana sahaja atok pergi pasti akan di bawa Dania bersama.. atok akan belikan aper saja yang Dania nak.. 

Malam ni rasa sunyi jerk.. Ayah baru berangkat ker Mersing bersama kawan2 masjid nya.. Mereka pergi memancing di pulau aur.. Ceria skali ayah malam nih.. maklumlah dah lama tak memancing.. Semoga ayah selamat pergi dan selamat balik.. I'm gonna miss u ayah!  

Biasa la kita nih.. bila ada depan mata nak bercakap pun susah.. tapi bila dah jauh.. rindu.. Stop right now...maybe bersambung lagi.. Insyaallah..