Pages

Monday 20 June 2011

Bila Allah Menduga Kita

Salam, saya tertarik dengan tajuk Bila Allah Menduga Kita yang saya baca daripada blog Jalan Yang Jauh..Allah menduga kita dengan pelbagai ujian.. D sendiri sedang melalui ujian dariNya.. D tak tau nak bercerita pada siapa.. D sangat - sangat mengharapkan sesuatu yang pasti. Sesuatu yang boleh memberikan kegembiraan kepada seluruh keluarga D. Tapi yang pasti Allah menduga kesabaran D dengan ujian sekali lagi.. D redha dengan ujian Allah, mungkin bukan rezeki D dan suami. 
Saat kelewatan itu, D menghitung dengan yakin. Bila semakin hari semakin di hitung. Akhirnya gagal juga usaha D. Tapi D redha dengan ujian ini. D tahu ada sesuatu yang Allah janjikan buat D. D tak putus-putus berdoa, memohon Allah mengurniakan rezeki itu pada D dan suami. 
D cemburu melihat rakan taulan.. Mereka berjaya. Mereka telah dapat apa yang di impikan. D juga kadang-kala tertekan dengan soalan yang datang tanpa memikirkan perasaan D. D perlu tabahkan hati. D perlu kuat hadapi semua ini. Ya Allah, Kau murahkan rezeki ku, Kau murahkanlah rezeki suamiku.. Kurniakanlah kebahagian yang kami impikan selama ini. Kami memohon pada Mu.. hanya padaMu kami meminta. Sesungguhnya Engkau lebih mengerti apa yang hamba Mu inginkan.. Amin.. 

Bila Allah Menduga Kita....

No comments:

Post a Comment