Pages

Friday 17 June 2011

Apa Yang Perempuan Suka?

Tengah aku makan malam ngan adik aku tadi. tetiba dia tanya aku.. 
" kak , perempuan suka apa?" aku pandang dia tak berkedip...
" Jangan pandang macam tuh.. org tanya jerk.." 
aku pun ambil kesempatan nih nak tembak dia.. " kau dah ada makwe yer.." 
" mana ada.. tnya jerk la.."
 " huh. ko takkan tnya kalau tak der sebab.." "ko dengar sini aku cakap, bg aku perempuan nih suka pada yang romantik tapi tak semua la..pastu dia suka dengan hadiah..dia suka dengan kekemasan.."
 " owh.. habis tu kena bg barang ker?" 
"ko jgn mewahkan awek ko dengan barang mahal. ko beri dia ngan ikhlas hati ko. ko tak perlu tunjukkan yang ko mampu beli barang mahal2 semata-mata nak kan dia sayang ko.. sayang kerana duit atau harta ni tak kekal.." 
"ok..ok..org ingat pesan akak"
"buat masa skang nih.. tu semua tak penting.. ko kena tau basic2 jerk.. yang orang padang zaman skarang nih.. ko ada pelajaran ker tak.. tu jerk. ko jgn pk lain. skang masa tuk blajar, ko blajar betul2. Bila Allah dah takdirkan ko untuk berjumpa dengan pasangan ko, time tu semua urusan akan lancar.."
"ok.. akak jgan citer kat angah tau.. " sekali tetiba angah sergah dari belakang.. pucat muka adik aku yang sorang tuh.. terus angkat pinggan g basuh tangan..

No comments:

Post a Comment